Unit pemproses komputer melaksanakan siri
arahan yang membuatkan ia membaca, memanipulasi dan kemudian menyimpan data.
Ujian dan arahan loncat membenarkannya untuk bergerak di dalam ruang program
dan oleh itu melaksanakan arahan berlainan sebagai fungsi dari kedudukan semasa
dari mesin itu atau persekitarannya.
Komputer merupakan mesin boleh atur cara yang
direka untuk membaca dan melaksanakan urutan sesebuah senarai arahan yang
membuatkan ia melakukan operasi aritmetik dan logik berdasarkan angka binari.
Pada asasnya, komputer terdiri dari ingatan jangka pendek dan ingatan jangka
panjang untuk peyimpanan data; dan unit pemprosesan pusat yang berfungsi
sebagai unit kawalan serta mengandungi unit logik aritmetik. Aksesori
(contohnya papan kekunci, tetikus atau kad grafik) boleh dihubungkan supaya
komputer dapat menerima input luar dan memaparkan output.
Komputer boleh juga bertindak balas terhadap
sampukan yang membuatkan ia melaksanakan set arahan tertentu dan kemudian
kembali meneruskan apa yang ia sedang buat sebelum sampukan.
Komputer elektronik pertama telah dibangunkan
pada pertengahan abad ke-20 (1940-1945). Dengan saiz seumpama sebuah bilik
besar, ia memerlukan kuasa yang banyak seumpama beberapa ratus komputer
peribadi (PC) moden.[1]

No comments:
Post a Comment